SESI PERKONGSIAN SISTEM PENGURUSAN AKTIVITI JINM UPM | OFFICE OF DEPUTY VICE CHANCELLOR (INDUSTRY AND COMMUNITY RELATIONS)
» NEWS » SESI PERKONGSIAN SISTEM PENGURUSAN AKTIVITI JINM UPM

SESI PERKONGSIAN SISTEM PENGURUSAN AKTIVITI JINM UPM

SERDANG, 21 Februari 2023 – Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) telah menerima pelawaan daripada gabungan Pengarah di pusat tanggungjawab yang menguruskan aktiviti JINM di Universiti Awam untuk menganjurkan Sesi Perkongsian Sistem Pengurusan Aktiviti JINM UPM secara atas talian melalui platform Google Meet.

Di dalam sesi perkongsian tersebut, Puan Siti Rozana Supian, Ketua Pentadbiran Jaringan Industri dan Masyarakat telah berkongsi maklumat berkaitan governan dan struktur JINM di UPM secara amnya termasuk fungsi entiti dalam menyokong aktiviti JINM. Ketua Pentadbiran turut berkongsi mengenai implementasi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Pelan Fungsian Aras (PFA) berkaitan JINM yang dilihat sebagai alat pengukur kualiti pelaksanaan aktiviti JINM UPM. Pada slot akhir, perkongsian berkaitan pembangunan serta penggunaan dua (2) sistem yang bertindak sebagai platform pelaporan dan pengurusan aktiviti JINM UPM iaitu Sistem HiStaf Skop JINM dan Sistem ICMS.

Sesi perkongsian ini telah dihadiri oleh lebih daripada 50 peserta dan turut dibantu oleh pengurusan Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC).

 

 

 

 

Disediakan oleh:

 

Encik Mohd Idham Abdul Rashid

Date of Input: 14/03/2023 | Updated: 14/03/2023 | wanarlindiana

MEDIA SHARING

OFFICE OF DEPUTY VICE CHANCELLOR (INDUSTRY AND COMMUNITY RELATIONS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1005
03-8941 4196
SXEaQAh~