PRA PENILAIAN (PRE-TEST) KOMPETENSI PROGRAM MASTER TRAINER PENGURUSAN JINM | OFFICE OF DEPUTY VICE CHANCELLOR (INDUSTRY AND COMMUNITY RELATIONS)
» NEWS » PRA PENILAIAN (PRE-TEST) KOMPETENSI PROGRAM MASTER TRAINER PENGURUSAN JINM

PRA PENILAIAN (PRE-TEST) KOMPETENSI PROGRAM MASTER TRAINER PENGURUSAN JINM

28 FEBRUARI 2023 (SELASA) - Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) telah menganjurkan Pra-Penilaian Kompetensi untuk Program Master Trainer Pengurusan JINM pada 28 Februari 2023 bertempat di Bilik Rosemary Pejabat TNC(JINM) UPM. Program pra-penilaian ini adalah bertujuan untuk menguji soalan kompetensi yang telah dibangunkan oleh pihak CiRNeT dan UCTC.

Penganjuran pra-penilaian tersebut yang telah dihadiri seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada staf Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT), Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Fakulti Pertanian, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan, dan juga Institut Pengajian Sains Sosial telah menguji 30 soalan persepsi dan 50 soalan objektifProgram tersebut telah dikendalikan oleh En. Mohd Idham Abd. Rashid dari Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat).

Di akhir program, kesemua peserta berpendapat walaupun soalan yang diberikan mengelirukan, namun ianya bagus bagi menguji pemahaman peserta sebagai Urusetia JINM PTJ. Peserta juga memaklumkan jumlah soalan dan masa yang diberikan amatlah mencukupi dan memadai. Secara rumusan, soalan yang dibangunkan adalah bagus dan mencapai objektif bagi mengukur kompetensi peserta dan boleh dikekalkan.

 

Disediakan oleh: Shahirah Muhammad Suliman

Date of Input: 14/03/2023 | Updated: 14/03/2023 | wanarlindiana

MEDIA SHARING

OFFICE OF DEPUTY VICE CHANCELLOR (INDUSTRY AND COMMUNITY RELATIONS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1005
03-8941 4196
SXEaNAq~