BENGKEL PEMBANGUNAN FAQ SISTEM HISTAF SKOP JINM DAN SISTEM ICMS | OFFICE OF DEPUTY VICE CHANCELLOR (INDUSTRY AND COMMUNITY RELATIONS)
» NEWS » BENGKEL PEMBANGUNAN FAQ SISTEM HISTAF SKOP JINM DAN SISTEM ICMS

BENGKEL PEMBANGUNAN FAQ SISTEM HISTAF SKOP JINM DAN SISTEM ICMS

SERDANG, 19 Januari 2023 – Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Frequently Asked Question (FAQ) Sistem HiStaf Skop JINM dan Sistem ICMS bertempat di Putra Learning Space, UPM.  Bengkel ini telah dihadiri seramai 20 orang peserta terdiri daripada staf Pejabat TNC JINM, Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT), Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dan Pusat Pembangunan Maklumat Dan Komunikasi (iDEC).

 Bengkel ini bertujuan untuk membangunkan dan mengumpulkan soalan lazim berserta jawapan berkaitan penggunaan Sistem HiStaf Skop JINM dan juga Sistem ICMS bagi membantu dan memberi kefahaman kepada staf UPM dalam menggunakan sistem tersebut. Soalan lazim berkaitan pelaksanaan aktiviti JINM secara umum turut dibangunkan oleh setiap peneraju; industri dan komuniti.

Koleksi FAQ ini akan boleh diakses oleh staf UPM mulai 25 April 2023 melalui laman sesawang Pejabat TNC JINM.

 

 

Disediakan oleh:

Nor Salina Ahmad Soobni

Date of Input: 30/03/2023 | Updated: 30/03/2023 | wanarlindiana

MEDIA SHARING

OFFICE OF DEPUTY VICE CHANCELLOR (INDUSTRY AND COMMUNITY RELATIONS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1005
03-8941 4196
SXETJAv~