SOALAN LAZIM | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

PERKHIDMATAN
1
Bagaimanakah pihak Industri dan Komuniti boleh mendapatkan khidmat kepakaran UPM?

(i) Sila hubungi Pengarah atau pegawai Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) berkaitan mendapatkan kepakaran UPM untuk kerjasama dengan Industri. Maklumat perhubungan boleh diperoleh di laman web ini. (ii) Sila hubungi Pengarah atau pegawai Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) berkaitan aktiviti khidmat komuniti. Maklumat perhubungan boleh diperoleh di laman web ini. (iii) Selain itu, boleh juga merujuk kepada Fakulti/Institut/Pusat untuk khidmat kepakaran bidang berkaitan. Sila rujuk laman web UPM http://www.upm.edu.my

2
Apakah bentuk hubungan dan kerjasama yang boleh diwujudkan antara universiti-industri?

Bentuk kerjasama yang boleh diwujudkan antara Universiti-Industri, antara lainnya seperti berikut: (i) Kerjasama dalam R&D dan inovasi menerusi pembiayaan pihak industri dan pengkormersilan produk;(ii) Penajaan kerusi profesor dalam sesuatu disiplin ilmu;(iii) Penglibatan dalam program pengajaran dan pembelajaran dan latihan profesional sama ada pada peringkat ijazah, pasca siswazah;(iv) Aktiviti Perundingan bagi membantu menangani permasalahan dan keperluan Industri; (v) Latihan industri, program mobiliti pelajar dan penempatan kerjaya graduan UPM;(vi) Latihan pembangunan modal insan di kalangan pelajar dan staf UPM serta Industri.

3
Apakah bentuk kerjasama dalam projek Komuniti dengan pihak Universiti?

Antara Program Komuniti yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut: (i) Jaringan Antarabangsa(ii) Kesejahteraan Komuniti(iii) Program Pembangunan Modal Insan(iv) Penghayatan Alam dan Budaya (v) Program Inkubasi (vi) Program Inovasi dan Reka cipta (vii) Program Kanser (viii) Program Pembangunan Halal (ix) Program Pembangunan Orang Asli(x) Program pembangunan Usahawan(xi) Khidmat Pengembangan dan Komuniti (xii) Program Warga Emas (xiii) Promosi Universiti dan Kepakaran (xiv) Sekolah Angkat

4
Apakah bentuk sumbangan yang boleh diberikan dalam kerjasama Jaringan Industri dan Komuniti?

(i) Penempatan latihan industri dan kerjaya;(ii) Khidmat nasihat dan perkongsian kepakaran (iii) Wang ringgit(iv) Sumber- Tenaga, peralatan dan perkakasan, maklumat(v) Lain-lain

5
Perlu kah untuk sesuatu kerjasama Industri-UPM dan Komuniti-UPM dimeterai dengan dokumen persefahaman persefahaman/perjanjian?

Dokumen Persefahaman diperlukan bagi projek khas yang berbentuk komprehensif misalnya mempunyai terma rujukan tertentu bagi mencapai matlamat tertentu dan aktiviti disasarkan untuk tempoh masa tertentu serta melibatkan prosedur, peraturan dan kewangan serta melibatkan pemantauan rapi antara UPM dan pihak terlibat. Untuk aktiviti yang ringkas berbentuk one-off seperti projek sekolah angkat, lawatan sambil belajar dan ceramah industri tidak perlu dokumen persefahaman/perjanjian dan memadai dengan kertas kerja sahaja.

6
Berapa lama tempoh proses bagi sesuatu dokumen MOU/MOA?

Sesuatu dokumen MOU/MOA mengambil masa lebih kurang 3 bulan untuk diproses dan diluluskan.


Anugerah ICAN
7
Apakah tujuan Majlis Apresiasi Industri dan Komuniti iCAN diadakan?

Majlis Apresiasi Industri dan Komuniti (Industry Comunity Apreciation Networking) atau ringkasnya ICAN UPM merupakan aturcara tahunan  diadakan semenjak dari tahun 2010 yang bertujuan untuk menghargai dan memberi pengiktirafan sumbangan industri dan komuniti kepada Universiti. Pengiktirafan penganugerahan bukan sahaja kepada Industri dan Komuniti malah diperluas kepada penggiat jaringan industri dan program/aktiviti komuniti terutama kepada Pusat Tanggungjawab, Staf dan Pelajar.

8
Apakah Kategori Penganugerahan Bagi Anugerah Jaringan Industri dan Komuniti Berimpak Tinggi UPM?

Anugerah Jaringan Industri dan Komuniti Berimpak Tinggi UPM dibahagikan kepada 3 Kategori Utama iaitu Industri, Komuniti dan Pusat Tanggungjawab Terbaik.  Bagi kategori Industri dan Komuniti, penganugerahan akan diberikan kepada Projek Jaringan Industri/KomunitiTerbaik bagi Pelajar, Pegawai Bukan Akademik, Pegawai Akademik dan Rakan Industri/Komuniti.

9
Apakah Asas Kriteria Penilaian Bagi Mencapai Projek Industri dan Komuniti Berimpak Tinggi dan Layak Untuk Penganugerahan?

3.a)        Asas pengiraan bagi Projek Industri Berimpak Tinggi  adalah berdasarkan status pencapaian Projek 5 Bintang yang diperolehi. Bagi Projek Industri, jumlah bintang adalah berdasarkan jumlah dimensi kerjasama yang telah telah diperolehi. Satu dimensi kerjasama yang telah dijalankan akan menerima satu bintang. Lima (5) dimensi kerjasama yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut;

  • Minat menjalin kerjasama,
  • Aktiviti kerjasama mula dijalankan di kedua belah pihak,
  • Aktiviti kerjasama yang memberi faedah yang besar kepada kedua belah pihak,
  • Pihak Industri meneruskan aktiviti dari tahun lalu kepada tahun semasa,
  • Sumbangan dana dalam bentuk tunai atau setara oleh pihak industri melebihi RM150,000.00
  •        

    10
    Apakah Asas Kriteria Penilaian Bagi Mencapai Projek Industri dan Komuniti Berimpak Tinggi dan Layak Untuk Penganugerahan?

    3.b)        Asas pengiraan bagi Projek Komuniti Berimpak Tinggi adalah berdasarkan projek Penarafan Bintang 4 dan 5 Bintang.  Projek Komuniti Berimpak Tinggi (penarafan 4 dan 5 bintang) ditakrifkan sebagai projek yang telah mencapai tahap pengehakupayaan (empowerment) di mana komuniti telah menerima manfaat dan telah berupaya meningkatkan kemahiran, taraf ekonomi, sosial dan kesejahteraan hidup selepas menerima pemindahan ilmu daripada pihak UPM.

    11
    Bagaimanakah Proses Penyertaan Dilaksanakan?

    Calon untuk projek-projek Industri dan Komuniti bagi kategori Pegawai Akademik akan diambil daripada Sistem Pintar Jaringan Industri dan Komuniti (iCRIS) berdasarkan pencapaian tahun lepas (jangkau setahun) yang telah dilaporkan oleh setiap Pegawai Akademik.    Manakala bagi calon Pegawai Bukan Akademik dan Pelajar, pencalonan perlu dikemukakan oleh PTJ masing-masing berdasarkan Petunjuk Pencapaian Prestasi (KPI) PTJ.

    12
    Bilakah Majlis Apresisasi Industri dan Komuniti diadakan dan tarikh tutup penyertaan bagi Anugerah Jaringan Industri dan Komuniti Berimpak Tinggi UPM?

    Secara lazimnya, Majlis diadakan sekitar bulan April pada tahun berikutnya, apabila selesai  kesemua sukuan Petunjuk Pencapaian KPI JINM dibentangkan di peringkat Universiti.  Tarikh tutup permohonan adalah pada pertengahan bulan Mac pada tahun Majlis akan diadakan.


    PENAJAAN BIASISWA PENDIDIKAN KOLABORASI ANTARA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) DAN YAYASAN SIME DARB
    13
     Apakah syarat-syarat kelayakan?

  • Warganegara Malaysia; atau
  • Antarabangsa (keutamaan kepada warganegara Indonesia atau China);
  • Keputusan Peperiksaan di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Master Sains dengan mendapat CGPA 3.20;
  • Tawaran masuk pada sesi pengajian September 2017 & Februari 2018; dan
  • Berumur 45 tahun dan ke bawah.
  • 14
    Di manakah borang permohonan Biasiswa YSD boleh diperolehi?

      Pelajar boleh melayari laman web kami di www.tncjinm.upm.edu.my di situ pelajar boleh muat turun borang permohonan YSD dan  perlu mengisikan maklumat seperti terdapat dalam borang senarai semak yang diberi. Setelah maklumat lengkap pelajar boleh menghantar secara serah tangan atau melalui pos kepada pihak Pejabat TNC (Jaringan Industri dan Masyarakat).

    15
    Berapa lamakah had tempoh pengajian?

    Tempoh pengajian bagi Program Master Sains adalah 2 tahun manakala bagi Doktor Falsafah sehingga 3 tahun.  

    16
    Berapakah elaun bulanan yang pelajar akan terima dari Yayasan Sime Darby?

    Bagi program Master pelajar akan menerima elaun bulanan sebanyak RM 2000 dan program Ph.D akan menerima RM 2300, manakala elaun buku setahun sekali akan diterima sebanyak RM 1200.

    17
    Apakah kelayakan  bagi penjamin ?

    Penjamin mestilah mempunyai pendapatan lebih dari RM3000. Pendapatan itu adalah dikira dari pendapatan kasar iaitu gaji kasar. Sesiapa sahaja boleh jadi penjamin.

    Kemaskini:: 28/02/2017 [wanarlindiana]

    PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
    Universiti Putra Malaysia
    43400 UPM Serdang
    Selangor Darul Ehsan
    03-9769 1005
    03-8941 4196
    B1566721006