UTAMA | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) ditubuhkan pada September 2007 berperanan untuk mempertingkat dan menyelaras jalinankerjasama UPM dengan pihak Industri dan Masyarakat dalam usaha memantapkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, pengembangan dan perkhidmatan yang menjadi teras kepada motto ‘BERILMU BERBAKTI’.
 

 

Kepada pelanggan yang dihargai,
UPM komited ke arah menyediakan perkhidmatan yang berkualiti bagi memenuhi kepuasan pelanggan. Sila beri maklum balas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan di UPM. Terima kasih.

Melangkah keluar dari menara gading sebagai graduan cemerlang UPM tidak bermakna jalinan perhubungan anda bersama komuniti di sini terhenti begitu sahaja. Bekas graduan UPM dialu-alukan untuk menyertai Persatuan Alumni UPM, yang mana ditubuhkan khas untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim serta jaringan bermanfaat daripada variasi bidang kepakaran. Malah, ramai di antara ahli Alumni UPM telah diangkat sebagai duta di atas sumbangan besar mereka di dalam bidang masing-masing, sehingga meninggalkan impak yang besar kepada masyarakat dan negara - sekaligus mengharumkan nama universiti di persada antarabangsa. Sejak tahun 1971, penyertaan Alumni UPM telah mencapai lebih 145,000 orang – bukan sahaja dari Malaysia, tetapi dari seantero dunia yang meliputi Australia, Iran, Perancis, Myanmar dan Arab Saudi. Berbekalkan hasrat untuk mengeratkan ukhwah sesama bekas komuniti universiti yang disegani, Alumni UPM sehingga kini telah berjaya berkongsi idea-idea hebat serta menyuarakan pandangan kritis demi pembangunan universiti yang dinamik dalam merealisasikan segala visi dan misinya. Bagi yang berminat untuk mengetahui maklumat terperinci mengenai Persatuan Alumni UPM, boleh layari Laman Web Rasmi Pusat Alumni dan Persatuan Alumni pada bila-bila masa.

Penajaan Biasiswa Pendidikan Kolaborasi antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Yayasan Sime Darby (YSD) 

Program ini merupakan kolaborasi pembiayaan biasiswa antara Universiti Putra Malaysia dan Yayasan Sime Darby (YSD) untuk calon lepasan Ijazah Sarjana Muda / Master Sains yang berpotensi dan mempunyai prestasi cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Master atau pun Doktor Falsafah di Universti Putra Malaysia (UPM).

artikel
Tuanku Canselor seru UPM pacu kemajuan sektor pertanian negara
Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu UPM menjadi peneraju dalam memanfaatkan artificial intelligencedan inovasi untuk memacu kemajuan sektor pertanian negara.
UPM ke 34 universiti terbaik Asia, 2 terbaik negara
Fungsi baja untuk tanaman yang lebih sihat
Artikel-artikel lain...
berita
Majlis Anugerah Apresiasi Industri dan Komuniti Berimpak Tinggi (ICAN 2019)
Majlis ICAN2019 telah diadakan pada 25 April 2019, bertempat di Philea Mines Beach Resort yang dianjurkan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat UPM bersama-sama University Community Transformation Centre (UCTC UPM) dan Center for Indutry Relations and Network (CiRNeT)
pengumuman
Tiada tawaran sebutharga.


MAKLUMAT LANJUT: http://etender.upm.edu.my

Tiada tawaran jawatan kosong.


MAKLUMAT LANJUT: SPJOnline

aktiviti
;
JUTAWAN TAN SRI SYED AZMAN MENYUMBANG SEMULA KEPADA ALMA MATER
;
Majlis ICAN 2018
;
How to use ICRIS (Community Project)
;
How to use ICRIS (Industry Project)
ikuti kami
B1566720179