Majlis Apresiasi AiXChange CEO@Faculty 2019 | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
» BERITA » Majlis Apresiasi AiXChange CEO@Faculty 2019

Majlis Apresiasi AiXChange CEO@Faculty 2019

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama-sama UPM baru-baru ini telah berjaya mengajurkan Majlis Apresiasi AiXChange CEO@Faculty 2019 yang berlangsung pada 11 Julai 2019 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre.

KPM telah mewujudkan pelbagai inisiatif bagi memacu hala tuju pendidikan tinggi ke arah mencapai kecemerlangan dan kegemilangan dalam sistem pendidikan tinggi negara. Antara inisiatif yang diwujudkan adalah Academia-Industry Talent Exchange Programme (AIxCHANGE): CEO@Faculty Programme bagi menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan dan kepakaran antara pihak akademia dan industri.

"Di bawah inisiatif AIxCHANGE terdapat tiga subinisiatif iaitu CEO@Faculty Programme 1.0, CEO@Faculty Programme 2.0, dan Academia Industry Expert Exchange Programme (AIxPERT)," kata YB Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik ketika Majlis Apresiasi AIxCHANGE CEO@Faculty Programme Tahun 2019 di Kuala Lumpur.

YB Dr Maszlee diwakili oleh timbalannya YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan sebagai perasmi majlis serta turut hadir, YBhg. Dato' Dr. Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha KPM dan YBhg. Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

Seramai lebih kurang 700 orang tetamu yang hadir terdiri daripada hampir 80 pemimpin korporat daripada syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat multinasional (MNC), wakil dari universiti awam dan swasta.

Tarikh Input: 24/09/2019 | Kemaskini: 24/09/2019 | wanarlindiana

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1005
03-8941 4196
SXEZXAk~