| PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
senarai pengumuman terkini

Sukacitanya kami ingin memberi ingatan bersama berkaitan proses melengkapkan rekod laporan aktiviti Jaringan Industri dan Masyarakat (JINM) bagi tujuan pelaporan KPI Jaringan Industri dan Masyarakat (JINM) Suku Pertama, 2017 menerusi sistem ICRIS.

Satu sesi temuduga bagi Penajaan Biasiswa Pendidikan Kolaborasi antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Yayasan Sime Darby (YSD) akan diadakan pada 15 Jun 2017 (Khamis), 11.00 pagi bertempat di Pejabat TNC (JINM)

Latihan Penggunaan Sistem ICRIS akan diadakan pada 15 dan 16 Jun 2017 (Khamis dan Jumaat), 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Makmat Exa/Zetta, iDEC Alpha, Inforport.

Penyertaan adalah DIWAJIBKAN kepada semua Fakulti, Institut, Pejabat, Pusat, Bahagian. PTJ Perkhidmatan kecuali Pejabat Naib Canselor, Pejabat Timbalan Naib Canselor, Kolej Kediaman dan Pusat/Bahagian/Pejabat yang mempunyai staf kurang dari 10 orang.  

PTJ dikehendaki melengkapkan Borang Penamaan Projek bagi Sub-Komponen Jaringan Komuniti pada pautan ini: Google Form Penamaan Projek dan kembalikan kepada sekretariat selewat-lewatnya pada 7 September 2018

Program ini merupakan kolaborasi pembiayaan biasiswa antara Universiti Putra Malaysia dan Yayasan Sime Darby (YSD) untuk calon lepasan Ijazah Sarjana Muda / Master Sains yang berpotensi dan mempunyai prestasi cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Master atau pun Doktor Falsafah di Universti Putra Malaysia (UPM). Maklumat lanjut seperti di bawah. Sila tekan pautan berikut bagi muat turun borang untuk memohon penajaan biasiswa: http://www.tncjinm.upm.edu.my/faildokumen

YBhg. Prof./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 
2.  Sukacitanya pihak Pejabat TNC (JINM) memohon kerjasama semua PTJ untuk memulakan proses melengkapkan rekod  laporan aktiviti Jaringan Industri dan Komuniti (JINM) bagi tujuan pelaporan KPI Jaringan Industri dan Masyarakat (JINM) Suku 3, 2018 menerusi sistem ICRIS.
 
3.  Bagi memastikan KPI JINM PTJ bagi Suku 3 dicapai dengan jayanya, Ketua PTJ dan PYB dimohon untuk memantau perlaksanaan perkara berikut:
 
a)  Kemasukan rekod aktiviti JINM oleh Pegawai Akademik/Pengurusan & Profesional (Ketua Projek JINM) berdasarkan sukuan ke dalam ICRIS dan penghantaran rekod laporan kepada Ketua PTJ dan disahkan sebelum atau pada 28 September 2018.
 
b)  Semakan dan pengesahan oleh Ketua PTJ selewat-lewatnya pada 28 September 2018.
 
c)  Semua Urus setia PTJ membuat follow-up dengan Pegawai Akademik berkaitan proses tidak lengkap bagi proses (a) dan  (b) di atas.
 
4.  Bersama ini disertakan Jadual Kemasukan Laporan JINM melalui sistem ICRIS 2018 seperti di Lampiran 1.  Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai seperti Lampiran 2.
 
Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof/Tuan/Puan diucapkan terima kasih.
 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

  1. Bersama-sama ini, dilampirkan Borang Penilaian Kendiri (Google Form) bagi membolehkan PTJ melaksanakan proses penilaian kendiri ke atas projek yang dicadangkan oleh PTJ.

 

  1. Untuk makluman, tarikh tutup melaksanakan proses penilaian kendiri adalah pada 3 Oktober 2018.

 

  1. Sila ambil perhatian, mohon mengemukakan juga dokumen sokongan Projek Komuniti berkenaan pada Google Form tersebut dimana ia adalah perlu bagi tujuan memudahkan penilaian lengkap diluluskan oleh Jawatankuasa Sub Komponen Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran Sempena Sambutan Hari Kualiti Dan Inovasi Perkhidmatan UPM (HKIP) 2018 Komponen 2 Transformasi: Jaringan Komuniti.

 

  1. Sila ambil maklum, keputusan bagi Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran 2018- Kategori Sub-Komponen Jaringan Komuniti akan diumumkan semasa Sambutan Hari Kualiti Dan Inovasi Perkhidmatan UPM (HKIP) 2017 pada 2 November 2018 yang akan datang dan keputusan adalah muktamad.

 

Kerjasama dan perhatian daripada YBhg. Prof./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

EKSPO PERTANIAN PESTA KONVOKESYEN UPM 2018 KE 42

BENGKEL LATIHAN SISTEM ICRIS SIRI 2/2018 AKAN DIADAKAN SEPERTI BUTIRAN BERIKUT:

Tarikh : 5 dan 6 Disember 2018  (Rabu dan Khamis)

Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang

Tempat : Makmal EXA dan Makmal ZETTTA, Alpha iDEC

YBhg. Dato./Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 
2.  Sukacitanya pihak Pejabat TNC (JINM) memohon kerjasama semua PTJ untuk memulakan proses melengkapkan rekod  laporan aktiviti Jaringan Industri dan Komuniti (JINM) bagi tujuan pelaporan KPI Jaringan Industri dan Masyarakat (JINM) Suku 1, 2019 menerusi sistem ICRIS.
 
3.  Bagi memastikan KPI JINM PTJ bagi Suku 1 dicapai dengan jayanya, Ketua PTJ dan PYB dimohon untuk memantau perlaksanaan perkara berikut:
 
a)  Kemasukan rekod aktiviti JINM oleh Pegawai Akademik/Pengurusan & Profesional (Ketua Projek JINM) berdasarkan sukuan ke dalam ICRIS dan penghantaran rekod laporan kepada Ketua PTJ dan disahkan sebelum atau pada 29 Mac 2019.
 
b)  Semakan dan pengesahan oleh Ketua PTJ selewat-lewatnya pada 29 Mac 2019.
 
c)  Semua Urus setia PTJ membuat follow-up dengan Pegawai Akademik berkaitan proses tidak lengkap bagi proses (a) dan  (b) di atas.
 
Perhatian dan kerjasama YBhg. Dato'/ Prof/Tuan/Puan diucapkan terima kasih.
Webinar Aidilfitri dan Covid-19 Beraya Secara Berhemah
20 Mei 2020, 10:00 am – 11:00 am
 
Siri Wacana COVID-19 bersama CEO
You are invited to a Zoom webinar.
Tarikh: 20 Mei 2020
Masa: 04:00 PM
Topic: KESEJAHTERAAN KEWANGAN ISI RUMAH PASCA PKP
Please click the link below to join the webinar:
Password: 427068
 
 

JADUAL KEMASUKKAN PELAPORAN AKTIVITI JINM, MESYUARAT JKJINM DAN LATIHAN PENGGUNAAN iCRIS TAHUN 2020

Tahniah kepada pembida yang telah berjaya mendapatkan nombor prefiks dan mendaftar nombor pendaftaran UPM pada kenderaan anda.

Kepada alumni, staf, pelajar orang awam atau syarikat yang berhasrat untuk membida nombor-nombor yang unik, menarik dan mempunyai 'sentimental value', jangan lupa untuk membuat bidaan pada sesi ketiga yang telah pun dibuka mulai 11.11.2020 hingga 16.11.2020 sehingga jam 12.00 tengah hari. Untuk membida sila layari www.putrabid.upm.edu.my

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di:
PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN : 011-6535 7325
PERTANYAAN AM : 017-660 5190 / 03-9769 6241
EMEL : putrabid@upm.edu.my
#bidbuycontribute
#belibidaberbakti

​

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pejabat TNC JINM UPM dengan kerjasama CiRNeT dan UCTC akan menganjurkan Latihan Penggunaan Sistem ICRIS Siri 3/2020 pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 26 November 2020 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi - 1.00 petang
Penyertaan: Terbuka kepada pegawai akademik dan Pentadbir JINM UPM
Kursus ini akan dilaksanakan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom. Mohon kerjasama mereka yang berminat untuk mendaftar di pautan berikut https://bit.ly/ICRISTraining032020. Pautan kepada Zoom akan diberikan kepada mereka yang mendaftar SAHAJA.
Segala kerjasama dan usaha yang diberikan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

  1.         Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) dan Angkatan Belia MFLS (ABM) akan menganjurkan Program Dialog Kepimpinan secara dalam talian seperti ketetapan berikut:

Tarikh           : 25 Ogos 2021 (Rabu)

Masa             : 3.00 petang

Panel 1         : YBhg. Dato' Dr. Ismail bin Noor

Panel 2         : Cik Heliza binti Helmi

Tajuk Dialog: Kepimpinan Patriotik : Sifat Menolong Mekar Hati

Platform       : Facebook Live@ileadkbsmsia

Dimaklumkan bahawa Kajian Kepuasan Pelanggan UPM secara dalam talian telah boleh digunakan bermula 26 Mac 2018. Sistem ini boleh diakses terus melalui pautan di sini menggunakan pelayar di komputer dan telefon pintar.

1.    Prasiswazah

2.    Siswazah 

3.    Penyelidikan dan Inovasi

4.    Perkhidmatan Sokongan

Sila rujuk Garis Panduan Sementara Kajian Kepuasan Pelanggan UPM.

RIDE2FARM Dikuasakan oleh UPM
Kami membawa berita baik kepada semua peminat basikal di luar sana. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pemandangan yang indah sambil menunggang basikal bersama kami di RIDE2FARM Dikuasakan oleh UPM November akan datang.
Anda akan mendapat hak-hak ini:
 
1 Jersi Acara Mikro-kering ULTRON ®
2 Pingat Penamat
3. Race Bib
4. E-Certificate
Insurans Kemalangan Peribadi
 
Hanya 50 slot Super Early Bird tersedia. Daftar sekarang kerana slot sangat terhad.
 
Tarikh: 6 November 2022 (Ahad)
Venue: Dewan Besar UPM
Objektif aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan dana bagi kerja-kerja lanjutan bagi komuniti yang memerlukan sejajar dengan moto kami, “Dengan ilmu, Kami Berkhidmat” (Berilmu, Berbakti). Datang dan sertai kami!
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1005
03-8941 4196
SXETNAu~