7 Disember 2016, Serdang, Selangor – Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, Prof. Dr.-Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo telah menerima kunjungan delegasi daripada Tainan National University of the Arts, Taiwan. Delegasi tersebut telah diwakili oleh Assoc. Prof. Gong Jow-Jiun, Prof. Huang Tsui-Mei, Prof. Hong Pei-Chi, Assoc. Prof. Tsai Chin-Tong dan Assistant Prof. Lin Hsin-I. Delegasi telah tiba pada pukul 9.00 pagi di Bangunan Jaringan Industri dan Masyarakat sebelum meneruskan lawatan seterusnya ke Fakulti Ekologi Manusia.
Tarikh Input: | Kemaskini: 14/03/2017 | wanarlindiana
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor