KURSUS ASAS INDOOR PLANT (SIRI 1 & 2) | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
» BERITA » KURSUS ASAS INDOOR PLANT (SIRI 1 & 2)

KURSUS ASAS INDOOR PLANT (SIRI 1 & 2)

KURSUS ASAS INDOOR PLANT (SIRI 1 & 2)

30 SEPTEMBER 2020

Bertempat di Pascatuai Taman Pertanian Universiti, Pejabat TNCJINM dengan kerjasama Taman Pertanian Universiti (TPU) dan Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) telah menganjurkan Kursus Asas Indoor Plant (Siri 1 & 2) bertempat di Pascatuai Taman Pertanian Universiti pada 29 dan 30 September 2020. Seramai 45 orang peserta dari kalangan dalam dan luar UPM termasuk daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah menghadiri kursus yang julung kali diadakan ini.

Peserta kursus telah didedahkan kepada pelbagai informasi dan maklumat berkaitan jenis-jenis Pokok Hiasan Dalaman serta amaln penjagaannya. Selain itu, tiga (3) jenis Pokok Indoor Plant telah dibekalkan kepada semua peserta yang hadir supaya mereka boleh laksanakan aktiviti secara hands on mengenai penyelenggaraan Pokok Hiasan Dalaman. Peserta boleh membawa pulang pokok-pokok tersebut setelah selesai kursus.

Tarikh Input: 01/10/2020 | Kemaskini: 01/10/2020 | wanarlindiana

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1005
03-8941 4196
SXEaFAK~