TUGAS UTAMA DAN TANGGUNGJAWAB | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
» MENGENAI KAMI » MAKLUMAT KORPORAT » TUGAS UTAMA DAN TANGGUNGJAWAB

TUGAS UTAMA DAN TANGGUNGJAWAB

TUGAS UTAMA

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) telah ditubuhkan pada tahun 2007 bertujuan untuk mempergiatkan peranan UPM sebagai Universiti Penyelidikan. 

MISI

Misi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) adalah untuk membantu Universiti menjadi Pusat Pembelajaran dan Penyelidikan unggul yang memberi sumbangan kepada kemajuan manusia dan penerokaan ilmu melalui hubungan dengan pihak Industri dan Masyarakat.

Peranan Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) adalah untuk mempertingkatkan dan menyelaras jalinan UPM dengan Industri dan Masyarakat dalam usaha memperkukuhkan fungsi Pengajaran dan Pembelajaran, Penyelidikan dan Pengembangan Universiti yang menjadi teras kepada moto ‘Berilmu Berbakti’ dan selari dengan keperluan semasa negara.  

 

TANGGUNGJAWAB

Tanggungjawab utama Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) termasuklah:

  • Melaksanakan jalinan kerjasama strategik dengan pihak Industri dan Komuniti.
  • Memastikan aktiviti pemindahan ilmu dan teknologi menerusi Jaringan Industri dan Masyarakat oleh pakar UPM dijalankan ke luar Universiti.
  • Memantau aktiviti pengembangan Universiti agar selari dengan perancangan strategik dan hala tuju Universiti dan keperluan semasa negara.
  • Memantau kemajuan dan pencapaian projek Jaringan dan Industri dan Masyarakat agar menghasilkan impak dan memberi kesan positif.
  • Memastikan aktiviti Jaringan Industri dan Masyarakat menjana pendapatan untuk Universiti menerusi sumber geran dan kerjasama Industri dan Komuniti.
  • Memantapkan komunikasi dan sebarang maklumat dalaman dan luaran Universiti bagi pelaksanaan Jaringan Industri dan Masyarakat.

  

Aktiviti komprehensif yang dianjurkan Universiti bagi memenuhi tanggungjawab tersebut di atas adalah dirancang dan dilaksanakan oleh Pusat Komuniti Transformasi Universiti (UCTC) dan Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT), dua entiti yang merupakan komponen utama kepada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat).

Dalam menjalinkan hubungan dengan industri dan komuniti di seluruh pelusuk negara, beberapa langkah telah diambil untuk mendekati masyarakat antarabangsa ke arah mewujudkan penglibatan universiti-industri-komuniti secara global.

Banyak usaha telah dilaksanakan ke arah ini dan kami yakin ia akan membuahkan hasil positif untuk memperkukuhkan jalinan hubungan dengan industri dan komuniti di peringkat global agar Universiti Putra Malaysia dapat memainkan peranan dan memberi sumbangan bermakna ke arah keamanan dunia, keharmonian dan kesejahteraan manusia.


Kemaskini:: 18/07/2016 [wanarlindiana]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1005
03-8941 4196
B1566736263