SEJARAH | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
» MENGENAI KAMI » MAKLUMAT KORPORAT » SEJARAH

SEJARAH

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) telah ditubuhkan pada 1 September 2007, selaras dengan pengwujudan jawatan baru iaitu Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) untuk menerajui aspek industri di universiti dan hubungan kemasyarakatan.

Penubuhan Pejabat ini adalah selaras dengan keputusan kerajaan untuk menjadikan beberapa universiti awam kepada Universiti Penyelidikan (RU), oleh itu penciptaan portfolio baru ini akan bertanggungjawab bagi menyokong misi universiti Penyelidikan (RU) dari segi perluasan pengetahuan dan teknologi kepada industri dan masyarakat.

Walau bagaimanapun, sebelum penubuhan pejabat ini, kerjasama dengan industri dan masyarakat di UPM telah lama wujud diselaraskan oleh Fakulti, Institut dan Pusat.

 

Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)


Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC), yang ditubuhkan pada Januari 2007. APEEC telah dinamakan semula sebagai UCTC pada 14 Mac 2013 sebagai usaha penjenamaan semula fungsi UCTC untuk mengubah masyarakat melalui pemindahan aktiviti berasaskan pengetahuan dan teknologi selaras dengan arahan Kementerian Pengajian tinggi. UCTC adalah pusat sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada masyarakat. UCTC UPM telah dilancarkan sempena pelancaran UCTC peringkat kebangsaan pada 30 November 2014 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM oleh Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II.

 

Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT)

Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) telah ditubuhkan pada 16 Mac 2012 hasil daripada penggabungan Unit Perhubungan Industri dan Unit Jaringan Industri di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) yang kemudiannya telah dinaikkan taraf kepada Pusat .

 

 

 

 

Kemaskini:: 11/01/2021 [wanarlindiana]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1005
03-8941 4196
SXDdBAo~