BENGKEL PEMBANGUNAN FAQ SISTEM HISTAF SKOP JINM DAN SISTEM ICMS
SERDANG, 19 Januari 2023 – Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Frequently Asked Question (FAQ) Sistem HiStaf Skop JINM dan Sistem ICMS bertempat di Putra Learning Space, UPM. Bengkel ini telah dihadiri seramai 20 orang peserta terdiri daripada staf Pejabat TNC JINM, Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT), Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dan Pusat Pembangunan Maklumat Dan Komunikasi (iDEC).