UPM Dukung Agenda Pendigital Negara | OFFICE OF DEPUTY VICE CHANCELLOR (INDUSTRY AND COMMUNITY RELATIONS)
» NEWS » UPM dukung agenda pendigital negara

UPM dukung agenda pendigital negara

May be an image of 2 people, people standing and indoor

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi berpuas hati dengan usaha Universiti Putra Malaysia yang menyahut hasrat kerajaan di dalam mendukung agenda pendigitalan melalui beberapa inisiatif dan strategi pelaksanaan kampus pintar bagi tempoh 2021-2025 meliputi Digital Learning, Smart Manage,Secure Campus dan IoT Application.

Semua inisiaitif kampus pintar itu akan dijenamakan dengan nama Smart PUTRA®. 

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad yang memuji langkah proaktif UPM ini berkata, setiap universiti harus berusaha mendepani cabaran semasa dan lingkungan yang melanda negara pada masa ini melalui intervensi program atau kursus yang boleh ditawarkan kepada pelajar.

Program atau kursus yang ditawarkan adalah antara faktor penting kepada kebolehpasaran graduan setelah mereka menamatkan pengajian kelak.

Justeru itu, universiti harus bijak memastikan program yang ditawarkan selari dengan kehendak pasaran.

Ahmad Masrizal berkata demikian selepas mengadakan Profesional Walkabout Siri 4 ke Universiti Putra Malaysia (UPM) pada hari ini.

Kunjungan beliau disambut oleh Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), serta pengurusan tertinggi UPM.

Ahmad Masrizal diberi penerangan dan maklumat ringkas mengenai universiti dan perkembangan terkini berkenaan aktiviti yang sedang dan akan dilaksanakan oleh UPM khususnya dari segi kesediaan mengenai UPM menyambut semula kemasukkan pelajar.

UPM memfokuskan lima strategi utama – Memacu Pertanian Berteknologi Tinggi, Membangun Karektor Graduan UPM, Melagang Kampus Pintar dan Pendigitalan, Mendukung Kelestarian Institusi Mapan dan Menatang Pembudayaan Norma Baharu – bagi memperkukuhkan hasrat sebagai menara ilmu yang disegani. Transformasi pertanian di UPM yang melibatkan penggunaan teknologi terkini sejajar dengan perkembangan teknologi semasa.

Pertanian berteknologi tinggi ini melibatkan penggunaan drone, sistem pertanian pintar, kecerdasan buatan (AI) dan data raya dengan dibantu peningkatan penggunaan mekanisasi, benih bermutu yang rintang penyakit serta berdaya tahan tinggi daripada kesan perubahan iklim serta amalan agronomik mapan.

Selain itu, UPM diberikan mandat oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk membangunkan Program Ijazah Teknologi Pertanian Pintar bagi memenuhi hasrat menghasilkan graduan yang bakal menerajui sektor pertanian pintar negara. 

– MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2021/10/09

May be an image of 2 people, people standing, road and text that says 'KELUAR'

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

May be an image of 1 person, animal and grass

Date of Input: 13/10/2021 | Updated: 13/10/2021 | wanarlindiana

MEDIA SHARING

OFFICE OF DEPUTY VICE CHANCELLOR (INDUSTRY AND COMMUNITY RELATIONS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1005
03-8941 4196
SXEYAAe~