COMMUNITY CLUSTER | OFFICE OF DEPUTY VICE CHANCELLOR (INDUSTRY AND COMMUNITY RELATIONS)
» INDUSTRY-COMMUNITY ENGAGEMENT » COMMUNITY ENGAGEMENT » COMMUNITY CLUSTER

COMMUNITY CLUSTER

Program Transformasi Komuniti

 

Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM berperanan sebagai penyelaras program komuniti universiti dengan meletakkan UPM sebagai universiti pengendali khidmat pengembangan atau komuniti yang terunggul. Berasaskan Pelan Strategik UPM 2021-2025 UCTC dipertanggungjawabkan untuk menerajui Matlamat 3 iaitu melestarikan ekosistem jaringan industri dan masyarakat dan mencapai Matlamat 4 iaitu memperkasakan pertanian dan ketahanan sekuriti makanan. 

Dalam usaha mendukung matlamat UPM untuk menjadi Universiti tersohor yang sentiasa memberikan sumbangan ke arah pembangunan lestari, pembangunan rakyat, kekayaan Negara serta keterlibatan di peringkat antarabangsa; Universiti telah mengenal pasti tujuh komuniti tumpuan untuk dijalankan aktiviti. Penumpuan ini bagi memastikan aktiviti yang dilakukan dapat memberi impak yang boleh diukur daripada hasil  kerjasama tersebut. Komuniti tersebut ialah:

SENARAI 7 KLUSTER BAGI PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI UPM

  1.  Komuniti Setempat
  2.  Komuniti Pertanian
  3.  Belia
  4.  Warga Emas
  5.  Pesakit Kanser
  6.  Orang Asli
  7.  Pendidikan Kanak-kanak

 

SENARAI 15 PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI UPM

  1. Bandar Hijau Serdang (Projek Khas Universiti)
  2. Jaringan Antarabangsa
  3. Kesejahteraan Komuniti (Community wellbeing )
  4. Pembangunan Modal Insan
  5. Penghayatan Alam dan Budaya
  6. Program Inkubasi
  7. Program Inovasi dan Rekacipta
  8. Program Kanser
  9. Program Pembangunan Halal
  10. Program Pembangunan Orang Asli
  11. Program Pembangunan Usahawan
  12. Khidmat Pengembangan dan Komuniti
  13. Program Warga Emas
  14. Promosi Universiti dan Kepakaran
  15. Sekolah Angkat

 

 

Updated:: 15/05/2026 [wanarlindiana]

MEDIA SHARING

OFFICE OF DEPUTY VICE CHANCELLOR (INDUSTRY AND COMMUNITY RELATIONS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1005
03-8941 4196
X, (07:52:46am-07:57:46am, 03 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]