PROGRAM MASTER TRAINER PENGURUSAN JINM SIRI (1) | OFFICE OF DEPUTY VICE CHANCELLOR (INDUSTRY AND COMMUNITY RELATIONS)
» NEWS » PROGRAM MASTER TRAINER PENGURUSAN JINM SIRI (1)

PROGRAM MASTER TRAINER PENGURUSAN JINM SIRI (1)

31 JANUARI 2023 (SELASA) - Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) telah menganjurkan Program Master Trainer Pengurusan JINM (Siri 1) pada 20 Januari 2023 bertempat di Putra Learning Space (PLS), Aras 2, Bangunan TNCPI UPM. Bengkel ini bertujuan untuk membangunkan dan menyediakan soalan kompetensi berkaitan dengan JINM yang akan diguna pakai sebagai instrumen penilaian untuk memilih pelatih (Master Trainer). Selain daripada itu, bengkel ini juga dilaksanakan dengan objektif berikut; mengukur kompetensi staf JINM di PTJ agar dapat diiktiraf sebagai pakar rujuk dalam pengurusan JINM dan seterusnya menjadi penunjuk ajar dalam menggunakan sistem berkaitan JINM

Bengkel yang telah dihadiri seramai 14 peserta terdiri daripada staf daripada Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT), Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dan juga Pejabat Ketua Pentadbiran JINM dan telah dikendalikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid bin Arshad dari Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan. Diharapkan bengkel ini dapat memberi manfaat dalam membantu Pejabat TNC JINM melantik penunjuk ajar yang efektif dalam mengendalikan sistem berkaitan JINM.

Date of Input: 31/01/2023 | Updated: 31/01/2023 | wanarlindiana

MEDIA SHARING

OFFICE OF DEPUTY VICE CHANCELLOR (INDUSTRY AND COMMUNITY RELATIONS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1005
03-8941 4196
SXEbVAT~