(i) Sila hubungi Pengarah atau pegawai Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) berkaitan mendapatkan kepakaran UPM untuk kerjasama dengan Industri. Maklumat perhubungan boleh diperoleh di laman web ini. (ii) Sila hubungi Pengarah atau pegawai Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) berkaitan aktiviti khidmat komuniti. Maklumat perhubungan boleh diperoleh di laman web ini. (iii) Selain itu, boleh juga merujuk kepada Fakulti/Institut/Pusat untuk khidmat kepakaran bidang berkaitan. Sila rujuk laman web UPM http://www.upm.edu.my
Bentuk kerjasama yang boleh diwujudkan antara Universiti-Industri, antara lainnya seperti berikut: (i) Kerjasama dalam R&D dan inovasi menerusi pembiayaan pihak industri dan pengkormersilan produk;(ii) Penajaan kerusi profesor dalam sesuatu disiplin ilmu;(iii) Penglibatan dalam program pengajaran dan pembelajaran dan latihan profesional sama ada pada peringkat ijazah, pasca siswazah;(iv) Aktiviti Perundingan bagi membantu menangani permasalahan dan keperluan Industri; (v) Latihan industri, program mobiliti pelajar dan penempatan kerjaya graduan UPM;(vi) Latihan pembangunan modal insan di kalangan pelajar dan staf UPM serta Industri.
Antara Program Komuniti yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut: (i) Jaringan Antarabangsa(ii) Kesejahteraan Komuniti(iii) Program Pembangunan Modal Insan(iv) Penghayatan Alam dan Budaya (v) Program Inkubasi (vi) Program Inovasi dan Reka cipta (vii) Program Kanser (viii) Program Pembangunan Halal (ix) Program Pembangunan Orang Asli(x) Program pembangunan Usahawan(xi) Khidmat Pengembangan dan Komuniti (xii) Program Warga Emas (xiii) Promosi Universiti dan Kepakaran (xiv) Sekolah Angkat
(i) Penempatan latihan industri dan kerjaya;(ii) Khidmat nasihat dan perkongsian kepakaran (iii) Wang ringgit(iv) Sumber- Tenaga, peralatan dan perkakasan, maklumat(v) Lain-lain
Dokumen Persefahaman diperlukan bagi projek khas yang berbentuk komprehensif misalnya mempunyai terma rujukan tertentu bagi mencapai matlamat tertentu dan aktiviti disasarkan untuk tempoh masa tertentu serta melibatkan prosedur, peraturan dan kewangan serta melibatkan pemantauan rapi antara UPM dan pihak terlibat. Untuk aktiviti yang ringkas berbentuk one-off seperti projek sekolah angkat, lawatan sambil belajar dan ceramah industri tidak perlu dokumen persefahaman/perjanjian dan memadai dengan kertas kerja sahaja.
Sesuatu dokumen MOU/MOA mengambil masa lebih kurang 3 bulan untuk diproses dan diluluskan.
Majlis Apresiasi Industri dan Komuniti (Industry Comunity Apreciation Networking) atau ringkasnya ICAN UPM merupakan aturcara tahunan diadakan semenjak dari tahun 2010 yang bertujuan untuk menghargai dan memberi pengiktirafan sumbangan industri dan komuniti kepada Universiti. Pengiktirafan penganugerahan bukan sahaja kepada Industri dan Komuniti malah diperluas kepada penggiat jaringan industri dan program/aktiviti komuniti terutama kepada Pusat Tanggungjawab, Staf dan Pelajar.
Anugerah Jaringan Industri dan Komuniti Berimpak Tinggi UPM dibahagikan kepada 3 Kategori Utama iaitu Industri, Komuniti dan Pusat Tanggungjawab Terbaik. Bagi kategori Industri dan Komuniti, penganugerahan akan diberikan kepada Projek Jaringan Industri/KomunitiTerbaik bagi Pelajar, Pegawai Bukan Akademik, Pegawai Akademik dan Rakan Industri/Komuniti.
3.a) Asas pengiraan bagi Projek Industri Berimpak Tinggi adalah berdasarkan status pencapaian Projek 5 Bintang yang diperolehi. Bagi Projek Industri, jumlah bintang adalah berdasarkan jumlah dimensi kerjasama yang telah telah diperolehi. Satu dimensi kerjasama yang telah dijalankan akan menerima satu bintang. Lima (5) dimensi kerjasama yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut;
3.b) Asas pengiraan bagi Projek Komuniti Berimpak Tinggi adalah berdasarkan projek Penarafan Bintang 4 dan 5 Bintang. Projek Komuniti Berimpak Tinggi (penarafan 4 dan 5 bintang) ditakrifkan sebagai projek yang telah mencapai tahap pengehakupayaan (empowerment) di mana komuniti telah menerima manfaat dan telah berupaya meningkatkan kemahiran, taraf ekonomi, sosial dan kesejahteraan hidup selepas menerima pemindahan ilmu daripada pihak UPM.
Calon untuk projek-projek Industri dan Komuniti bagi kategori Pegawai Akademik akan diambil daripada Sistem Pintar Jaringan Industri dan Komuniti (iCRIS) berdasarkan pencapaian tahun lepas (jangkau setahun) yang telah dilaporkan oleh setiap Pegawai Akademik. Manakala bagi calon Pegawai Bukan Akademik dan Pelajar, pencalonan perlu dikemukakan oleh PTJ masing-masing berdasarkan Petunjuk Pencapaian Prestasi (KPI) PTJ.
Secara lazimnya, Majlis diadakan sekitar bulan April pada tahun berikutnya, apabila selesai kesemua sukuan Petunjuk Pencapaian KPI JINM dibentangkan di peringkat Universiti. Tarikh tutup permohonan adalah pada pertengahan bulan Mac pada tahun Majlis akan diadakan.
Pelajar boleh melayari laman web kami di www.tncjinm.upm.edu.my di situ pelajar boleh muat turun borang permohonan YSD dan perlu mengisikan maklumat seperti terdapat dalam borang senarai semak yang diberi. Setelah maklumat lengkap pelajar boleh menghantar secara serah tangan atau melalui pos kepada pihak Pejabat TNC (Jaringan Industri dan Masyarakat).
Tempoh pengajian bagi Program Master Sains adalah 2 tahun manakala bagi Doktor Falsafah sehingga 3 tahun.
Bagi program Master pelajar akan menerima elaun bulanan sebanyak RM 2000 dan program Ph.D akan menerima RM 2300, manakala elaun buku setahun sekali akan diterima sebanyak RM 1200.
Penjamin mestilah mempunyai pendapatan lebih dari RM3000. Pendapatan itu adalah dikira dari pendapatan kasar iaitu gaji kasar. Sesiapa sahaja boleh jadi penjamin.
Kemaskini:: 28/09/2018 [wanarlindiana]
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor