LAWATAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT) KE FARM FRESH @ UPM | OFFICE OF DEPUTY VICE CHANCELLOR (INDUSTRY AND COMMUNITY RELATIONS)
» NEWS » LAWATAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT) KE FARM FRESH @ UPM

LAWATAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT) KE FARM FRESH @ UPM

Pada 30 Jun 2022 bersamaan hari Khamis seramai lapan (8) orang pegawai daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) (TNC (JINM)) telah mengadakan lawatan ke Farm Fresh@UPM, iaitu sebuah lokasi yang terkenal dengan penghasilan produk susu jenama Farm Fresh.

Kehadiran staf Pejabat TNC JINM telah disambut baik oleh pekerja di sana dan mereka telah diberikan sedikit penerangan mengenai Farm Fresh@UPM oleh pemandu pelancong. Sebelum program bermula. Sebagai permulaan, mereka telah dibawa melawat ladang sekitar Farm Fresh@UPM yang merangkumi ladang lembu, kebun sayur-sayuran dan buah-biahan serta kolam ikan dengan menaiki traktor tram. Mereka turut dibawa untuk melawat ke taman bunga, mini zoo yang menempatkan pelbagai haiwan ternakan dan akhirnya ke akuarium ikan laga.

Farm Fresh@UPM merupakan kawasan agri-tourism yang berpotensi menjadi tempat mendidik masyarakat mengenai kepentingan ekosistem pertanian dan ianya juga amat bersesuaian untuk dijadikan tempat rekreasi. Ibu bapa amat digalakkan untuk membawa anak-anak ke sini agar mereka dapat diberikan pengetahuan yang sewajarnya dalam menghargai alam semula jadi kerana mereka adalah pelapis di masa hadapan.

Date of Input: 13/10/2022 | Updated: 13/10/2022 | wanarlindiana

MEDIA SHARING

OFFICE OF DEPUTY VICE CHANCELLOR (INDUSTRY AND COMMUNITY RELATIONS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1005
03-8941 4196
SXEcBAo~