13 FEBRUARI 2023 (ISNIN) - Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) telah menganjurkan Program Master Trainer Pengurusan JINM (Siri 2) pada 13 Februari 2023 bertempat di Bilik Rosemary Pejabat TNC (JINM) UPM. Bengkel (Siri 2) ini bertujuan untuk menyemak semula soalan kompetensi yang telah dicadangkan dan dibangunkan semasa Siri 1.
Bengkel yang telah dihadiri seramai 20 peserta terdiri daripada staf daripada Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT), Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dan juga Pejabat Ketua Pentadbiran JINM dan telah dikendalikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid bin Arshad dari Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan. Diharapkan bengkel ini dapat memberi manfaat dalam membantu Pejabat TNC JINM melantik penunjuk ajar yang efektif dalam mengendalikan sistem berkaitan JINM.
Disediakan oleh: Shahirah Muhammad Suliman
Date of Input: 15/02/2023 | Updated: 15/02/2023 | wanarlindiana
Office of Deputy Vice Chancellor (Industry and Community Relations)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor