UPM-YSD PROGRAMME | OFFICE OF DEPUTY VICE CHANCELLOR (INDUSTRY AND COMMUNITY RELATIONS)
» UPM-YSD PROGRAMME

UPM-YSD PROGRAMME

Pejabat TNC (JINM) telah mengadakan program kolaborasi pembiayaan biasiswa antara UPM dan Yayasan Sime Darby (YSD) untuk calon lepasan Ijazah Sarjana Muda/Master Sains di UPM mulai 2017. Tempoh pelaksanaan penajaan tersebut adalah selama 5 tahun. Sasaran penajaan adalah seramai 30 pelajar iaitu 15 pelajar Master dan 15 pelajar PHD.

Untuk pelaksanaan penajaan tersebut pihak Sime Darby telah memperuntukkan sebanyak RM 3,000,000.00. Pembiayaan merangkumi yuran pengajian, elaun sara hidup, elaun buku dan elaun tesis. Elaun bulanan bagi program Master adalah sebanyak RM 2000.00, manakala program PHD adalah sebanyak RM2300. Pemberian elaun buku setahun sekali adalah sebanyak RM1200.00.

Pelajar tajaan UPM-YSD, dikehendaki menjalankan kajian penyelidikan Ph.D/Master Sains seperti tajuk yang dicadangkan semasa permohonan penajaan dan kajian penyelidikan ini hendaklah diselia secara bersama oleh Penyelia Utama dari UPM dan Penyelia bersama dari Sime Darby Technology Centre (SDTC) sebagaimana yang telah dipersetujui oleh Jk Joint Selection Committee.

BIDANG PENGAJIAN DI BAWAH PROGRAM PENAJAAN BIASISWA UPM-YSD   Pelajar Tajaan UPM-YSD...more...
Sebuah jawatankuasa Join Selection Committee antara UPM, YSD dan SDTC telah ditubuhkan...more...
Temuduga bagi pelajar baru penajaan Biasiswa antara UPM dan YSD telah dijalankan sebanyak 6 kali...more...
SENARAI TAJAAN PROGRAM BIASISWA UPM-YSD Master Sains No Nama Bidang...more...
C1571347742