Kursus Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 Entiti Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri Dan Masyarakat) | OFFICE OF DEPUTY VICE CHANCELLOR (INDUSTRY AND COMMUNITY RELATIONS)
» NEWS » Kursus Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 Entiti Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat)

Kursus Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 Entiti Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat)

Serdang, 5 Mac – Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM telah menganjurkan Kursus Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 pada 4 hingga 5 Mac 2019 bertempat di Bilik Jemaah, Fakulti Perubatan Veterinar, UPM.  Seramai 30 orang peserta yang terdiri dari tujuh (7) Entiti iaitu Pejabat TNC JINM, CiRNeT, UCTC, IKDPM, PPDN, CaRE dan Akademi Sukan telah menghadiri kursus tersebut sebagai persediaan untuk menjadi juruaudit dalaman QMS.

Kursus Audit Dalaman yang berlangsung selama dua (2) hari dikendalikan dengan kerjasama dua (2) orang  Juruaudit UPM yang sangat berpengalaman luas dalam Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) iaitu Puan Zuraidah Ahmad dan Encik Allan Lajot daripada Fakulti Pertanian selaku penceramah kursus tersebut.

Objektif kurus adalah bertujuan untuk memantapkan kemahiran Juruaudit memandangkan semua pegawai masih baharu menjadi Juruaudit di PTJ. Ia juga dilaksanakan bagi memberi kefahaman dan pendedahan mengenai amalan dan pengetahuan berhubung pengauditan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) berdasarkan keperluan Standard ISO 9001:2015. 

 

Date of Input: 21/05/2019 | Updated: 21/05/2019 | wanarlindiana

MEDIA SHARING

OFFICE OF DEPUTY VICE CHANCELLOR (INDUSTRY AND COMMUNITY RELATIONS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1005
03-8941 4196
SXEYSAb~