Yayasan Sime Darby telah menawarkan penajaan biasiswa pendidikan di bawah program kolaborasi pembiayaan biasiswa antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Yayasan Sime Darby (YSD) bagi pelajar pra-siswazah UPM (peringkat Bacelor)
Penajaan biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar peringkat Bacelor dalam bidang pengajian yang telah dikenalpasti oleh YSD. YSD telah menawarkan 180 biasiswa untuk pelajar UPM yang mendapat keputusan cemerlang dalam akademik masing-masing. Tawaran biasiswa ini terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu YSD Excellence Scholarship Programme (Local), YSD Special Needs Bursary (untuk pelajar OKU) dan YSD Special Support Bursary bagi pelajar B40 yang mempunyai keluarga berpendapatan rendah.
Pada 27 Mac 2020, permohonan dari pelajar telah dikemukakan kepada pihak YSD dan proses penyaringan akan dilakukan sebelum pelajar layak untuk ke peringkat seterusnya. Jumlah keseluruhan permohonan yang telah diterima adalah sebanyak 142.
Pejabat TNC (Jaringan Industri dan Masyarakat), Universiti Putra Malaysia telah bekerjasama dengan pihak BHEP, UPM untukmembuat hebahan dan mendapatkan pelajar memohon biasiswa berkenaan. Bagi program YSD Undergraduate Excellence diurus oleh pihak Pejabat TNC (JINM) dan permohonan yang diterima adalah sebanyak 52, manakala bagi program YSD Special Support Bursary (B40),sebanyak 84 permohonan dan YSD Special Needs Bursary bagi pelajar OKU sebanyak 6 permohonan yang diuruskan oleh BHEP, UPM.
Date of Input: 27/04/2020 | Updated: 27/04/2020 | wanarlindiana
Office of Deputy Vice Chancellor (Industry and Community Relations)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor