PROGRAM CEO FAKULTI | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
» LIBATSAMA UNIVERSITI-INDUSTRI-KOMUNITI » LIBATSAMA UNIVERSITI-INDUSTRI » PROGRAM CEO FAKULTI

PROGRAM CEO FAKULTI

  • Program CEO@Fakulti adalah program yang digerakkan oleh Kementerian Pelajaran bagi mengukuhkan pelbagai kerjasama dan proses pemindahan teknologi antara universiti dan industri.
  • Inisiatif ini adalah sebahagian daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015, bertujuan untuk membangunkan sektor pendidikan bagi memenuhi permintaan   industri.
  • Universiti-Industri akan bekerjasama untuk melatih graduan yang cekap dan mahir dalam bidang yang berkaitan, memberi graduan titik permulaan dengan menyertai tenaga kerja di industri.  
  • Program Fakulti CEO diunjurkan bagi mengukuhkan dan memudahkan pelbagai usaha sama lain di antara ahli akademik dan industri, terutamanya dalam bidang latihan dan penyelidikan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran.
  • Kerjasama sinergistik antara Universiti-Industri akan membantu Malaysia dalam memenuhi keperluan profesional dengan kemahiran yang tertentu terutamanya dalam  bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat.
  • Usaha ini adalah selaras dengan hasrat negara untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.


Kemaskini:: 29/07/2016

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1005
03-8941 4196
B1566736381