TAWARAN DANA SKIM GERAN PEMINDAHAN ILMU JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (KTGSJINM), 2020 | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
» BERITA » TAWARAN DANA SKIM GERAN PEMINDAHAN ILMU JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (KTGSJINM), 2020

TAWARAN DANA SKIM GERAN PEMINDAHAN ILMU JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (KTGSJINM), 2020

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah membuka tawaran dana seperti di atas. Pihak UCTC mengalu-alukan permohonan daripada pegawai akademik untuk Skim Geran Pemindahan Ilmu Jaringan Industri dan Masyarakat (KTGS JINM).

  1. Diharap pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan dapat memanjangkan perkara ini kepada semua pegawai akademik yang berpotensi untuk mengemukakan cadangan projek komuniti yang bersesuaian. Garis panduan geran (pindaan ke-4)serta borang permohonan KTGS JINM boleh dimuat turun dari laman web UCTC.
  2. Sila kembalikan borang yang telah lengkap dalam bentuk softcopy dan hardcopy(1 salinan sahaja) sebelum 30 Januari 2020 kepada:

 

Urusetia Geran KTGS JINM

Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)

Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor

(Jaringan Industri dan Masyarakat)

Universiti Putra Malaysia

43400 Serdang, Selangor

 

  1.            Kerjasama dan perhatian dari pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi urusetia geran komuniti di talian 03-97691847 (Pn. Norlela Abd Naim) atau 03-9769 1812 (En. Rudie Tajuddin @ TA).

Sekian, terima kasih.

 

Saya yang menjalankan amanah,

NORLELA ABD. NAIM

Penolong Pegawai Sains

Pusat Transformasi Kominiti Universiti (UCTC)

Universiti Putra Malaysia

43400 Serdang, Selangor

Tel. No. : 03 - 9769 1847

 

Tarikh Input: 23/01/2020 | Kemaskini: 16/11/2020 | wanarlindiana

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1005
03-8941 4196
SXETXA4~