Sekretariat Mesyuarat Jawankuasa Timbalan-Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri Dan Masyarakat) Universiti Awam Berpindah Tangan | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
» BERITA » Sekretariat Mesyuarat Jawankuasa Timbalan-Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Universiti Awam Berpindah Tangan

Sekretariat Mesyuarat Jawankuasa Timbalan-Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Universiti Awam Berpindah Tangan

 

MELAKA, 29 Ogos – Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, Prof. Dato’ Dr.-Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan-Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Universiti Awam Bilangan 2/2019 di UTeM, Melaka.

TNC (JINM) UPM telah menjadi Pengerusi Mesyuarat JKTTNCJINM UA sejak Ogos 2014.

Bermula 1 Jun 2019, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melantik Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USM, Prof. Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed yang juga memegang portfolio JINM sebagai Pengerusi JKTTNCJINM UA yang baharu.

Secara langsung, sekretariat mesyuarat berpindah ke Pejabat TNC (P&I) USM.

Penyerahan tugas dan fail-fail mesyuarat kepada USM telah dilaksanakan pada satu sesi singkat semasa Mesyuarat JKTTNCJINM UA pada 29 Ogos 2019.

Tarikh Input: 24/09/2019 | Kemaskini: 24/09/2019 | wanarlindiana

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1005
03-8941 4196
SXEUEAI~