PROJEK PUSAT KECEMERLANGAN INDUSTRI TENUSU UPM-FARMFRESH | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
» BERITA » PROJEK PUSAT KECEMERLANGAN INDUSTRI TENUSU UPM-FARMFRESH

PROJEK PUSAT KECEMERLANGAN INDUSTRI TENUSU UPM-FARMFRESH

PROJEK PUSAT KECEMERLANGAN INDUSTRI TENUSU UPM-FARMFRESH

Pendahuluan

Projek Pusat Kecemerlangan Industri Tenusu di UPM adalah inisiatif daripada Dato TNC JINM dan Pengarah TPU pada 2016.

Inisatif ini telah dijayakan dengan termetarainya Perjanjian yang ditandatangan pada 14 Ogos 2017.

 

Inisiatif

Pusat kecemerlangan ini berperanan sebagai sebuah ladang ternakan tenusu yang diuruskan oleh pihak industri di dalam UPM selama 5 tahun. Elemen pengajaran dan penyelidikan tetap dilaksanakan sebagaimana terkandung dalam dokumen perjanjian. Selain itu UPM juga mendapat manfaat hasil penjanaan dari ladang tersebut dengan perkongsian keuntungan UPM dan syarikat iaitu 40:60.

 

Pelaksanaan dan pencapaian

 

Jawatankuasa ICoE Tenusu

Satu jawatankuasa perlaksanaan telah diwujudkan dengan keahlian seramai 3 orang wakil dari UPM dan 3 orang wakil dari pihak syarikat. Pengerusi mesyuarat tersebut ialah YBhg. TNC JINM.

Penanaman rumput

Pedok ragutan rumput telah dinaiktaraf oleh pihak Holstein. Keluasannya adalah dianggarkan 50 hektar yang akan ditanam semula setelah lebih 10 tahun tanah tersebut tidak dilaksanakan penananam semula. Aktiviti ini telah bermula pada Jun 2018.

Pembinaan Infrastruktur

Pembinaan infrastruktur hanya ditumpukan di Petak B dengan keluasan kawasan 9 ha.   Antara binaan struktur yang terlibat ialah;

  • Kandang lembu dewasa
  • Kandang lembu anak
  • Stor makanan
  • Pengairan ladang
  • Struktur untuk Pemprosesan sisa kandang untuk kompos
  • Struktur Pemprosesan Susu
  • Jalan ladang dan Utiliti

Kemasukkan Lembu

Sebanyak 250 ekor lembu telah di tempatkan di dalam kandang yang telah siap di bina . Pengeluaran produk tenusu telah   bermula pada April 2019.

Tarikh Input: 27/09/2019 | Kemaskini: 27/09/2019 | wanarlindiana

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1005
03-8941 4196
C1573762670