LATIHAN DAN BIMBINGAN UNTUK KUMPULAN PROJEK LEAN@UPM 2019 BAGI TUJUAN PENYERTAAN ANUGERAH PENARAFAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN 2019 DI BAWAH KOMPONEN TRANSFORMASI: ANUGERAH PENGURUSAN LEAN | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
» BERITA » LATIHAN DAN BIMBINGAN UNTUK KUMPULAN PROJEK LEAN@UPM 2019 BAGI TUJUAN PENYERTAAN ANUGERAH PENARAFAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN 2019 DI BAWAH KOMPONEN TRANSFORMASI: ANUGERAH PENGURUSAN LEAN

LATIHAN DAN BIMBINGAN UNTUK KUMPULAN PROJEK LEAN@UPM 2019 BAGI TUJUAN PENYERTAAN ANUGERAH PENARAFAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN 2019 DI BAWAH KOMPONEN TRANSFORMASI: ANUGERAH PENGURUSAN LEAN

Pejabat Pendaftar sebagai Peneraju Anugerah Pengurusan Lean,  telah melantik   Puan Siti Rozana Supian, Ketua Pentadbiran TNCJINM untuk  melatih PTJ yang berminat untuk melaksanakan projek Lean bagi tujuan menambah baik proses kerja dan akhirnya dapat menyumbang kepada pemarkahan bintang PTJ  bagi Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran 2019 Di Bawah Komponen Transformasi:Sub Komponen Pengurusan Lean/KIK/Inovasi.

Berikutan dengan itu, Puan Siti Rozana Supian, Ketua Pentadbiran TNCJINM telah menjayakan program Lean Awareness kepada PTJ yang berminat   pada 25 Julai 2019 yang lalu dan seterusnya menjadi Penceramah Bengkel Lean Event   pada 7-8 Ogos 2019.  Sebanyak 10 projek lean telah didaftarkan untuk melaksanakan projek lean, iaitu dari Fakulti Pertanian, Taman Pertanian Universiti, Pusat Kesihatan Universiti, Bursar dan IDEC. Pada akhir bengkel, PTJ telah berjaya mengenalpasti projek lean yang akan dilaksanakan, melaksana pemetaan proses yang sedia ada, menyenarai jenis pembaziran, membangunkan pemetaan proses masa hadapan dan senarai kaizen (penambahbaikan) yang perlu dilaksanakan sepanjang Ogos – Oktober 2019.   

Seterusnya satu bengkel pemantauan projek telah diadakan pada 2 Oktober 2019 bagi menyemak pencapaian projek dan pengesahan untuk penyertaan Bengkel Leanova@ 2019 yang akan diadakan pada 17 Okt 2019. Pada akhir bengkel pemantauan  ini sebanyak  6 (enam) projek disahkan boleh menyertai Pertandingan Leanova@ 2019 sementara 4 projek akan diteruskan sehingga tahun 2020. Senarai projek yang terlibat dalam Leanova@ 2019 adalah:

 

  1. Proses Ternakan Ikan Menggunakan sistem RAS ( TPU)
  2. Proses Pembinaan Struktur Tanaman Vertikal Mudah Alih (Fakulti Pertanian)
  3. Proses Pengawalan Kelembapan Bilik Cendawan (TPU)
  4. Proses Pelaksanaan Pemeriksaan Kesihatan Pelajar Antarabangsa (PKU)
  5. Proses Pembiakan Markot Pokok Buah-Buahan (TPU)
  6. Proses Permohonan Pembelian – Kajian Pasaran Bagi Permohonan Pembelian Terus (Sehingga RM20,000) (Pejabat Bursar)

Tarikh Input: 14/10/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | wanarlindiana

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1005
03-8941 4196
SXEZGA1~