GERAN PEMINDAHAN ILMU (KTP) –PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT ROLLING 5, 2020 | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
» BERITA » GERAN PEMINDAHAN ILMU (KTP) –PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT ROLLING 5, 2020

GERAN PEMINDAHAN ILMU (KTP) –PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT ROLLING 5, 2020

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Prof./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.

  1.             Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Geran 'Knowledge Transfer Programme-KTP" - Skim Pembelajaran Sepanjang Hayat Pelan "Rolling" Kelima (2020) telah dibuka dan permohonan perlulah mematuhi syarat-syarat seperti di Lampiran 1

 

  1. Maklumat lanjut tentang syarat-syarat permohonan geran boleh dirujuk di dalam Garis Panduan dan Borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang ktc.usm.mydan laman web UCTC, UPM. Penyerahan permohonan ke pejabat Sekretariat Geran KTP, UCTC UPM ialah sebelum atau pada 11 Februari 2020 (Selasa).

 

  1.             Diharap pihak Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan dapat memanjangkan perkara ini kepada semua pegawai akademik yang berpotensi untuk mengemukakan projek yang bersesuaian. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan YBhg. Prof/Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi Puan Norlela Abd Naim (Tel: 03-9769 1847)

 

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

 

NORLELA ABD. NAIM

Penolong Pegawai Sains

Pusat Transformasi Kominiti Universiti (UCTC)

Universiti Putra Malaysia

43400 Serdang, Selangor

Tel. No. : 03 - 9769 1847

Tarikh Input: 24/01/2020 | Kemaskini: 24/01/2020 | wanarlindiana

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1005
03-8941 4196
SXDdKA2~