UPM Anjur CEO@Faculty Programme | OFFICE OF DEPUTY VICE CHANCELLOR (INDUSTRY AND COMMUNITY RELATIONS)
» NEWS » UPM anjur CEO@Faculty Programme

UPM anjur CEO@Faculty Programme


10 Oktober 2016, Bintulu, Sarawak – Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan CEO@Faculty Programme di Dewan Sri Kenyalang, Fakulti Sains Pertanian dan Makanan, UPM KAMPUS Bintulu, di sini hari ini.

Program hari ini mengetengahkan Pro Canselor UPM yang juga Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Tan Sri Mohd Bakke Salleh yang berpengalaman dalam bidang pertanian untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan kepada pelajar UPM kampus Bintulu.

Yang turut hadir, Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris, Ahli Lembaga Pengarah Universiti UPM, Datuk Mohidden Ishak, Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur merangkap Menteri Muda Pembangunan Bandar Sarawak, Datuk Talib Zulpilip dan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Bintulu, Zaiedy Nor.

Antara keratan akhbar mengenai CEO@Faculty Programme yang diadakan di Bintulu seperti di bawah:






Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

OFFICE OF DEPUTY VICE CHANCELLOR (INDUSTRY AND COMMUNITY RELATIONS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1005
03-8941 4196
SXEUSAO~