LAWATAN KE TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN NEGARA KG. ULU CHUCHOH, SG. PELEK SEPANG | OFFICE OF DEPUTY VICE CHANCELLOR (INDUSTRY AND COMMUNITY RELATIONS)
» NEWS » LAWATAN KE TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN NEGARA KG. ULU CHUCHOH, SG. PELEK SEPANG

LAWATAN KE TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN NEGARA KG. ULU CHUCHOH, SG. PELEK SEPANG

Pada 4 September 2018, seramai 5 orang staf Pejabat TNC (JINM) dan 4 orang staf Pusat Hubungan Jaringan Industri (CiRNeT) telah mengadakan lawatan ke Taman Kekal Pengeluaran Makanan Negara di Kg. Ulu Chuchoh, Sg. Pelek, Sepang.

Lawatan ini merupakan satu inisiatif dan inovatif kepada Program Kelestarian Hijau Pejabat TNC (JINM) dan juga bagi memenuhi kriteria penilaian Kelestarian Hijau untuk anugerah HKIP UPM bagi tahun 2018.

Pada program kali ini, staf telah dibawa melawat ke Kebun Tanaman Mael Save Resources.  Staf telah didedahkan dengan kaedah serta teknologi penanaman sayuran yang digunapakai oleh pihak Mael Save Resouces.  Staf berpeluang turun ke ladang sayuran dan mengenali pelbagai jenis tanaman dan sayuran.  Staf juga diberi peluang untuk memetik, menanam sayuran serta menggembur tanah untuk tujuan penanaman.

Pada akhir program, staf telah diberikan saguhati dengan membawa pulang beberapa jenis sayuran yang dipetik sendiri.

Pejabat TNC (JINM) dan CiRNeT amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak Mael Save Resources dan berharap program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Date of Input: 28/09/2018 | Updated: 28/09/2018 | wanarlindiana

MEDIA SHARING

OFFICE OF DEPUTY VICE CHANCELLOR (INDUSTRY AND COMMUNITY RELATIONS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1005
03-8941 4196
SXDTNAM~